SELAMAT DATANG

Khas buat guru-guru Program Pensiswazahan Guru Besar Kohort 8. Selamat menjadi blogawan



Tuesday, March 23, 2010

Cara menghantar komen kepada rakan

Disenaraikan langkah-langkah yang perlu diikuti sekiranya ingin menghantar komen kepada rakan.

Langkah-langkahnya ialah:

1. Buka artikel yang diminati dan seterusnya buka ruangan komen. (Click pada perkataan 'comment')
2. Taipkan komen anda di ruangan yang disediakan.
3. Setelah selesai menaip komen, perhatikan pada perkataan 'comment as' di bawah kotak/ruangan menulis
    komen.
4. Pada ruangan 'comment as' tersebut, klik pada 'Google Account'.
    (Nota: walaupun anda menggunakan email yahoo, sila pilih 'google account' juga)
5. Kemudian, anda diminta untuk memasukkan user id dan password emel anda.
6. Sekiranya tiada paparan untuk memasukkan user id dan password, anda boleh klik pada butang 'preview'
    yang terletak di bawah kotak/ruangan komen.
7. Kemudian, anda diminta untuk memasukkan user id dan password. Sila lengkapkan user id dan password
    tersebut.
8. Kemudian, sila masukkan 'word verification'.
9. Akhir sekali, klik pada butang 'Post Comment'. Anda telah berjaya menghantar komen tersebut.

Harapnya, cikgu-cikgu dapat menjadikannya panduan dan membantu cikgu menghantar komen. Selamat mencuba.

Sila nyatakan jika cikgu menghadapi sebarang masalah. Saya akan cuba membantu dari masa ke masa.
terima kasih.

9 comments:

  1. Salam Pn Honey,
    Terima kasih diatas kiriman cara menghantar pesanan kepada rakan kerana ia sebenarnya banyak membantu kami dan dalam kesibukan masa ini juga saya sempat juga membuat facebook dan tidak saya sangka dapat berhubung kembali dengan kawan lama masa kat kolej dan to my suprise masa kat sekolah jugak .. seronoknya barulah kita tahu betapa kecilnya dunia dan juga ada kawan kolej saya yang jadi pensyarah di UPSI di Fakulti Kesenian. tapi takut nak add dia sebagai rakan.. kecil rasanya diri ini.. oh ya Pn Honey saya minta maaf sekiranya ada banyak kesilapan yang saya lakukan semasa lawatan kita ke BTP dan Parlimen last week.. semua itu adalah kelemahan diri saya sendiri.. walau bagaimana pun kami enjoy kerana dah lama tak naik bas dan pergi rombongan selalunya asyik bergaduh dalam kelas saja.. terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  2. Saya juga seronok dapat bersama cikgu-cikgu ke lawatan tersebut. Lawatan tu tiada apa yang tak elok, semua elok dan berjalan sempurna. Tahniah kepada cikgu semua.

    Memang Facebook dapat menghubungkan rakan-rakan lama kita. saya juga menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan lama. Yang dah terputus hubungan sejak abis belajar kat USM dulu...dah hampir 7 tahun....kini kami kembali berhubung.

    Itulah kegunaan dan kepentingan IT. Banyak yang kita dah tahu, dan masih banyak lagi yang perlu diteroka.

    Selamat mencuba

    ReplyDelete
  3. Salam Pertemuan di maya,
    Puan Harnani, terima kasih tip-tip yg diberi menjadi panduan kepada kami untuk memantapkan lagi persembahan blog yg dipelajari.
    Sebagai tanda kenangan indah semasa lawatan ke Bukit Kiara dan parlimen,saya telah memuatkan gambar-gambar berkaitan di blog saya.Boleh lah tengok aksi kwn-kwn sepanjang lawatan tersebut.Amat menyeronokkan serta memberi manfaat kepada kami semua.

    ReplyDelete
  4. Pn. Harnanie, Terima kasih banyak atas tunjuk ajar kepada kami semua. Selama ni kami semua terpejam dan kita dah celik dan buka mata untuk buat blog. Guru-guru saya kagum pulak dengan kehebatan saya menggunakan blog. Mereka suruh ajar pulak untuk buat blog sekolah. In house-training la pulak. Kena yakin-Boleh. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  5. wah...semua GB dah jadi hebat sebagai blogger ye...bagus la tu...ilmu yg ada perlu dikongsi...jika memerlukan khidmat saya, saya sedia membantu pada bila-bila masa sahaja.

    ReplyDelete
  6. Post Pn. Nanie tentang langkah-langkah untuk menghantar komen kepada rakan telah banyak membantu saya yang masih baru dalam blogging. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera, Puan Nanie,
    Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan kerana mengajar kami cara-cara membina blog peribadi. Saya telah cuba sedaya upaya mengemaskinikan laman blog saya walaupun menghadapi banyak masalah dalam beberapa minggu ni. Masalah utama ialah kesuntukan masa. Kadang-kadang saya terpaksa bangun pd 3.30 @4 pagi untuk membuat assignments. Saya juga menghadapi masalah semasa mengemaskini blog. Maklumlah orang baru. Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana dapat peluang mempelajari semua ni dalam masa kesibukan urusan sekolah, rumah dan pembelajaran di UPSI. Sekian, terima kasih. Have a nice day and enjoy your life.

    ReplyDelete
  8. Salama Pn Hani,
    Saya mohon maaf, terlalu banyak dugaan di sem akhir ini, terutama dari segi kesihatan. Tiada upaya saya untuk melawan kehendak takdir, Hari Jumaat saya di pejabat hujan lebat saya terlupa notebook saya didalam kereta kena hujan tingkap basah kuyup dengan bagnya sekali, rupanya tingkap kereta saya terbuka. Balek rumah laptop saya meragam keluar hitam saja, tiada respond... dua hari dua malam saya memikirkan apa yang perlu dibuat tiba tiba datang ilham mungkin laptop saya sejuk saya pun ambil hair drier dan aplikasikan kepada laptop saya adalah lebih kurang 1 jam saya menghair drierkan laptop saya.. akhirnya saya berjaya dan laptop saya kembali hidup sebab badanya dad panas. Sementara itu Hospital Sg Buluh mengarahkan saya untuk addmitted kerana tahap darah saya rendah dan saya kena masuk hopital pulak.. aduh peningnya kepala saya Pn Hani, saya tahu saya kekurangan darah dalam badan sebab itu minda dadn badan saya lemah, semua tak boleh coordinate maafkan saya,jika saya tidak dapat performance untuk asign blog saya ,, maaf sekali lagi.

    ReplyDelete
  9. Salam Pn Haney,
    Saya pada masa ini sedang dirawat di Hospital Sg Buluh sebab kekurangan darah dalam badan 3 pints of blood was transfused since yesterday but dalam masa itu juga saya bersyukur kerana dapat menumpukan kepada ass Pn Honey walaupun berada di atas katil No 5 Ward 4 D Hospital Sg Buluh since yesterdays dont know when im going out but I hope bfore Cik Asmara ICT Mid Test on Monday night.

    ReplyDelete